ni semua adalah-- SALAH SESALAH SALAHNYA!
Isnin, 12 Oktober 2015
Kenapa anak perlu bermain?
ni semua adalah-- SALAH SESALAH SALAHNYA!
Isnin, 24 Ogos 2015
Kaedah takakura
Jepun telah memperkenalkan kaedah kompos “Takakura Home Method” (THM). Sesuai digunakan oleh semua golongan masyarakat terutamanya bagi isi rumah yang berskala kecil.
- Sekam padi
Jumaat, 21 Ogos 2015
Makanan berasid, makan beralkali
Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral,air kelapa juga adalah antara air beralkali,
* imsomnia/ sukar tidur
* rasa letih sepanjang hari
* kurang sabar, tergesa-gesa
* emosi tidak stabil/ mudah marah
* mudah mendapat penyakit kulit
* mudah demam/ selesema
* tekanan darah tinggi/ rendah
* penyakit hati
* diabetes, buah pinggang, gout
* gemuk, gastrik, alahan, sembelit
* asma
* kurang selera makan
* Gusi mudah berdarah
* luka mudah bernanah
- Asma
- Bisul
- Masalah Usus
- Allergi
- Hepatitis B/C
- Migrain
- Buasir
- Jangkitan Kuman
- Resdung
- Buah Pinggang
- Jerawat
- Stroke/Lumpuh
- Denggi
- Kayap
- Sakit Sendi
- Ekzema
- Kanser
- Sawan
- Fibroid
- Kencing Manis
- Penyakit Kulit\
- Gout
- Lemah Lutut
- Keletihan
- Ketumbuhan
- Jantung
- Tibi
- Parkinson
- Gastrik
- Leukemia
- Tiroid
- Ulser
- Tenaga Batin
- Stress
- Darah Tinggi
- Masalah Paru-Paru
- Deman Campak
- Haid
Halba Untuk Kesihatan
“Gunakanlah Halba sebagai ubat”
- Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir kahak tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
- - Banyakkan air susu TERBUKTI BERKESAN !!!:)
- Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
- Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
RESIPI TEH HALBA
1 sudu besar halba
1 mug air panas
madu/ cuka asli (cuka kurma, epal, atau apa apa cuka tetapi bukan cuka makan ye)
Masukkan halba ke dalam mug berisi air panas, tutup supaya cepat lembut, apabila air sudah suam, boleh ditambah madu, cuka dan diminum.
Cara kedua, kita boleh masukkan halba yang telah dibasuh ke dalam nasi yang hampir keringair, biarkan sehingga nasi masak. Nanti, boleh dikunyah bersama nasi. Ini cara saya. rasanya lemak seperti kacang.
Khamis, 25 Jun 2015
Menyusu Di Tempat Awam
Sejarah Pendidikan Awal Kanak Kanak di Malaysia III
- Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa;
- Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan. Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan.
- Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif.
- Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikanawal kanak-kanak.
- Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal.
Sejarah Pendidikan Awal kanak kanak di Malaysia I
Sejarah pendidikan awal kanak kanak di Malaysia II
Khamis, 11 Jun 2015
Sesungguhnya KEMARAHAN itu adalah Syaitan.
Bagaimana melepaskan kemarahan? Saya? Saya akan masuk ke bilik air, kemudian capai sabun, berus. Tonyoh la...sental la lantai, mangkuk tandas, dinding. Anggap saja semua itu muka orang yang dimarahi. Lepas lega, mandi, bersihkan diri, wuduk, solat. Legaaaa... bilik air pun bersih. Anda bagaimana?
Isnin, 8 Jun 2015
Penyiram automatik
Entry kali ini adalah utk rakan rakan yang suka berkebun. Bila nak tinggalkan rumah...mula la stress. Meh scroll dl..semoga hilang stress selepas ni.
Selasa, 12 Mei 2015
Tin oh Tin. Aku sudah terjebak.
Susu Ibu
Isnin, 11 Mei 2015
Kanak kanak ada kepintaran tersendiri
Mengapa Kanak Kanak Perlu Bermain
Malang Tidak Berbau.
Keratan akhbar seperti ini sekarang menjadi sesuatu yang lazim. Lebih menggemparkan lagi ada tersiar berita menggemparkan, kanak-kanak meninggal dunia di TASKA. Berita ini amat menyedihkan kita semua dan rasa kecewa pun ada. Sedih kerana seorang bayi kehilangan nyawa dan dukacita yang di tanggung oleh ibubapa kerana kehilangan cahayamata yang dikasihi. Mengapa dan Bagaimana peristiwa ini boleh berlaku?Apakah kejadian ini benar benar satu kemalangan atau kecuaian oleh pengasuh? Ini bukan kes pertama seumpama ini berlaku. Kita mesti kaji sebab sebab kejadian begini berlaku. Ada orang salahkan ibubapa kerana menghantar anak ke TASKA tidak berdaftar, tetapi kita kena ingat, bukan tidak pernah berlaku peristiwa begini di TASKA berdaftar. Banyak kejadian kemalangan berlaku di TASKA. Ada ibu bapa yang melaporkan dan ada yang tidak dilaporkan kerana kesian dengan pengusaha /pengasuh. Selain dari kematian ada banyak lagi kemalangan yang berlaku di TASKA seperti, kanak-kanak terjatuh dalam airpanas di bilik mandi, bubur panas tertumpah atas bayi, tertarik cerek airpanas dari atas meja, terjatuh dari buaian,terluka disebabkan pisau / gunting/ benda tajam, tercekik bahan permainan yang terlalu kecil, pencabulan,mati lemas dalam air dll. Kemalangan-kemalangan begini sebenarnya memang dapat di elakkan. Pengusaha TASKA mesti prihatin tentang tanggungjawab yang di letakkan di tangannya untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di TASKA. Pengusahaan TASKA bukanlah profit making business tetapi ia lebih kepada khidmat kemanusiaan. Sama seperti seorang pemandu bas diberi tanggungjawab dan amanah untuk memandu dengan cermat kerana, nyawa penumpang adalah di tangannya, orang yang menjalankan khidmat TASKA seharusnya sedar dan faham betapa beratnya tanggungjawab mereka. Nyawa yang hilang tidak dapat digantikan dengan apa sekalipun. Etika kerja pengasuh sebagai seorang professional perlu dibentuk dan hanya orang yang betul betul minat di bidang kanak-kanak sahaja diambil bekerja sebagai pengasuh. Bertugas sebagai pengasuh adalah amat mencabar dan perlu kepada komitmen sepenuh hati. Janganlah bekerja di TASKA jika didapati tidak minat dan tidak mampu menjaga kanak-kanak dengan baik. Janganlah terima amanah menjaga kanak-kanak dengan tidak memahami apa tanggungjawab yang dipikul. Jangan bekerja sebagai pengasuh hanya kerana nak gaji sahaja. Ibubapa membayar yuran bulanan kerana mereka telah meletakkan nyawa anak mereka dalam tangan pengasuh! Adakah pengasuh sedar akan tanggungjawab itu?
Rabu, 6 Mei 2015
Suatu ketika dahulu.
Ini suatu ketika dahulu. Selepas tamat persekolaha..eh silap, penguniversitian..eh.. pengajian di Universiti. Jawatan pun bukan pegawai.. ala.. orang bawahan saja. Tapi saya seronok kerana dapat 'berdunia'. Dapat belajar situasi di blkg MENTERI. Dari penyediaan teks ucapan, penyediaan majlis, perjalanan persidangan parlimen.
Selasa, 5 Mei 2015
Adab, Bahasa di Alam Maya
Dalam kehidupan kita sehari hari, seemangnya kita perlu berhubung antara satu sama lain. Jadi, setiap orang yang kita jumpa tu confirm tak semua sama pemikiran, pemahaman macam kita. Jadi..kena la hormat menghormati. Kalau tak...gaduh la.
Selasa, 21 April 2015
Sulitnya Menjaga Hati Sendiri
Sulitnya nak menjaga hati. Hati sendiri pun susah nak jaga..apatah lagi hati orang lain. Menjaga hati dari sifat mazmumah, menjaga hati dari lintasan syaitan. Hati tu susah nak jaga, kan? Sebab tu Allah cipta satu je hati, duduknya di dalam jasad. Bukan di luar. Susah nak jaga hati, susah nak pelihara hati untuk menangkis dan mengikis sifat mazmumah yang bersarang dan merebak macam sel-sel barah. Sel-sel barah, kalau tak dibuang akan merebak dan membengkak akhirnya akan merosak seluruh organ dalam badan. Macam tu juga la dengan mazmumah, maksudnya penyakit-penyakit dalam hati. Penyakit dalam fikiran, penyakit dalam perasaan. Syaitan ada macam-macam cara nak sesatkan kita. Bila kita buat jahat, makin tunggang terbalik dan terlangkuplah diri kita. Bila kita buat baik, syaitan pujuk supaya kita riak, takabbur, dan macam-macam penyakit hati yang lain. Bila berjaya, kita 'budget' bagus. Bila gagal, terus tak nak usaha dan salahkan takdir. Bila gembira, kita rasa dunia ni kita yang punya. Bila berduka, kita dengki dan cemburu dengan orang lain. Dah tak nampak, dah lupa apa yang Allah bagi sebaliknya sibuk mencongak dan mengira apa yang Allah tak bagi. Allah. Susahnya nak jaga hati. Minta SATU, Allah bagi DUA kita bersorak gembira. Rasa bahagia, dunia ini aku yang punya. Aku orang soleh/solehah, Allah dengar dan makbulkan doa aku. Aku orang baik-baik, aku dah usaha mesti Allah akan balas dengan kebaikan. Aku banyak bersedekah, mesti Allah pun bagi macam-macam. Kita minta lagi SATU, Allah tak bagi. Terus kita meraban, rasa Allah tak adil sebab dah buat baik (sedekah, infaq dan macam-macam ibadah seperti solat tahajud sampai bengkak-bengkak mata, sanggup tak tengok EURO sebab nak baca al-Quran dan mengulangkaji pelajaran) tapi Allah tak bagi pun. Terus lupa apa yang Allah dah bagi sebelum tu. Nama pun manusia, selalu lupa. Kena ingatkan. Bila nampak orang buat maksiat, pakai baju ketat dan sendat, tak tutup aurat terus 'budget' bagus sebab kita selalu pakai baju kurung, selalu juga pakai jubah, sentiasa pakai tudung dan pakai purdah. Nampak menyampah dengan orang yang tak tutup aurat, terlupa pula nak jaga hati supaya kesiankan saudara seIslam tersebut, alangkah kesiannya dia kerana tidak mengenal keindahan Islam. 'Budget' bagus sebab rasa kita faham dan amalkan Islam, tapi dalam hati masih karat dengan mazmumah. Pakai jubah dan tudung labuh sampai lutut, jumpa ajnabi tunduk ke bumi tetapi bila berbual terlupa nak jaga hati sampai mengumpat berbakul-bakul. Duduk depan komputer, jari ligat menekan laman demi laman internet, bergurau senda dengan lelaki sampaikan ayat-ayatnya sangat memalukan bagi seorang wanita andai punya perasaan malu menuturkannya. Iskkk, susahnya nak jaga hati. Habis tu, kalau tak nak hipokrit lebih baik pakai baju sendat dan ketat janji jadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Eh... Jangan lupa ingatkan hati, hati-hati... Hai Hati, hati-hati yer! T_T ....kita sambung nanti ye.
Rabu, 15 April 2015
Mahalko
Assalamualaikum... dah lama bersawang dalam blog nih... Hari ni tetiba iolls jumpa video Mahalko (sayang) ehem ehem (sekarangkan demam Be Careful With My Heart). Ni Putera Aftus dari kerajaan Suriram ram ram.. agagaga.
Video ni semasa usianya 6 tahun, mengadakan persembahan pembukaan sempena sukan sekolah. Ok sangatkan..dari ibundanya yang keras kejung! Uolls tengok la ye. Iolss belanja
Isnin, 26 Januari 2015
#form6
Himpunan kawan kawan form6 Sekolah Menengah Bukit Jawa. Sememangnya seronok dapat berkumpul,walau pun sekadar online. Ada sesiapa yang belum join? Pm saya no hp..saya akan add.. see u in group 🐱🐱
Selasa, 6 Januari 2015
Back To School
Nik Muhamnad Umar Danial sudah bersedia untuk ke sekolah. Tahun ni dia memulakan persekolahan di tahun 1. Ni dia, uols.. budak yang rajin. Tengah lekatkan sticker nama pada buku latihan. :D. Be a smart student ye Umar. xoxo
Kecintaanku: Dunia Pendidikan Awal Kanak Kanak
Ini kecintaanku. Tak tahu apakah sebabnya. Sedangkan sebelum ini telah bekerja dalam banyak banyak jenis kerja.. ecewah. Mcm la byk sgt kan? :p. I pernah keje cashier kt fresh mart..pernah jd tutor..pernapj keje ngan minister..pernah jg jd guru..pernah jg kerja as admin. tetiba ini bidang yg tersangat asing yang I jatuh cinta. Antara faktornya adalah kelahiran Nik Muhammad Umar Danial. I ambil kursus jangka pendek Kursus Asas Asuhan Kanak Kanak. Niatnya waktu itu untuk menjaga anak sendiri. Yang suka suka itu menjadi serius.
Selepas itu seorang senior telah mendorong supaya lebih mendalami bidang ini dengan mengambil TOT (Trainning of Trainners). Mungkin dia nampak bakal i utk membebel kepada pengasuh pengasuh :p. hik hik.. kita continue ye.
Balik Kampung
Bila tiba cuti sekolah... kami mengambil kesempatan utk balik kampung.. Yippie.. Time ni la town boy berubah 100% jadi kampung boy. Kebetulan semasa cuti di Kelantan,banjir. Kawasan kampung tidak mengalami banjir,namun tempias banjir tu tetap dirasai. Air KELANTAN WATER putus. Mengikut pihak berwajib, rumah pam tidak dapat beroperasi kerana tiada elektrik. Tu belum lagi tentang makanan,harga melambung lambung. Jadi alternatif kami membeli ikan air tawar..tp yg ini lagi BEST.