Khamis, 25 Jun 2015

Sejarah pendidikan awal kanak kanak di Malaysia II


   Assalamualaikum. hari ni Iolls nak sambung lagi kisah sejarah mengenai pendidikan awal kanak kanak di Malaysia.. Jom kita sama sama belajar ye.

   Mengikut fakta yang sahih, pada tahun 1972 pula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan) (Pendaftaran). Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekitar tahun 1972 sehinggalah 1976. Usaha MPIK ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah diteruskan melalui projek-projek perintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dimana dibiayai penuh oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).

   Justeru, pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Maka dengan itu, terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di usia empat tahun lagi.

   Dalam konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, terdapat dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama sekali ialah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dimana ia ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak yang berusia bawah 4 tahun. Seterusnya, peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak) telah ditubuhkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka telah menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika). Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah salah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal dengan jangka masa yang dianggarkan ialah setahun.

   Pada tarikh 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah mengadakan sebuah mesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia. Manakala pada 27 Januari 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia atau dikenali sebagai KPM telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada kedua-dua mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.

  Uolls boelh merujuk kepada 
1) http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/pra-3101-asas-pendidikan-awal-kanak.html
2) http://bustamkamri.blogspot.com/2011/05/definisi-pendidikan-awal-kanak-kanak-di.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan