Selasa, 21 April 2015

Sulitnya Menjaga Hati Sendiri

Sulitnya nak menjaga hati. Hati sendiri pun susah nak jaga..apatah lagi hati orang lain. Menjaga hati dari sifat mazmumah, menjaga hati dari lintasan syaitan. Hati tu susah nak jaga, kan? Sebab tu Allah cipta satu je hati, duduknya di dalam jasad. Bukan di luar. Susah nak jaga hati, susah nak pelihara hati untuk menangkis dan mengikis sifat mazmumah yang bersarang dan merebak macam sel-sel barah. Sel-sel barah, kalau tak dibuang akan merebak dan membengkak akhirnya akan merosak seluruh organ dalam badan. Macam tu juga la dengan mazmumah, maksudnya penyakit-penyakit dalam hati. Penyakit dalam fikiran, penyakit dalam perasaan. Syaitan ada macam-macam cara nak sesatkan kita. Bila kita buat jahat, makin tunggang terbalik dan terlangkuplah diri kita. Bila kita buat baik, syaitan pujuk supaya kita riak, takabbur, dan macam-macam penyakit hati yang lain. Bila berjaya, kita 'budget' bagus. Bila gagal, terus tak nak usaha dan salahkan takdir. Bila gembira, kita rasa dunia ni kita yang punya. Bila berduka, kita dengki dan cemburu dengan orang lain. Dah tak nampak, dah lupa apa yang Allah bagi sebaliknya sibuk mencongak dan mengira apa yang Allah tak bagi. Allah. Susahnya nak jaga hati. Minta SATU, Allah bagi DUA kita bersorak gembira. Rasa bahagia, dunia ini aku yang punya. Aku orang soleh/solehah, Allah dengar dan makbulkan doa aku. Aku orang baik-baik, aku dah usaha mesti Allah akan balas dengan kebaikan. Aku banyak bersedekah, mesti Allah pun bagi macam-macam. Kita minta lagi SATU, Allah tak bagi. Terus kita meraban, rasa Allah tak adil sebab dah buat baik (sedekah, infaq dan macam-macam ibadah seperti solat tahajud sampai bengkak-bengkak mata, sanggup tak tengok EURO sebab nak baca al-Quran dan mengulangkaji pelajaran) tapi Allah tak bagi pun. Terus lupa apa yang Allah dah bagi sebelum tu. Nama pun manusia, selalu lupa. Kena ingatkan. Bila nampak orang buat maksiat, pakai baju ketat dan sendat, tak tutup aurat terus 'budget' bagus sebab kita selalu pakai baju kurung, selalu juga pakai jubah, sentiasa pakai tudung dan pakai purdah. Nampak menyampah dengan orang yang tak tutup aurat, terlupa pula nak jaga hati supaya kesiankan saudara seIslam tersebut, alangkah kesiannya dia kerana tidak mengenal keindahan Islam. 'Budget' bagus sebab rasa kita faham dan amalkan Islam, tapi dalam hati masih karat dengan mazmumah. Pakai jubah dan tudung labuh sampai lutut, jumpa ajnabi tunduk ke bumi tetapi bila berbual terlupa nak jaga hati sampai mengumpat berbakul-bakul. Duduk depan komputer, jari ligat menekan laman demi laman internet, bergurau senda dengan lelaki sampaikan ayat-ayatnya sangat memalukan bagi seorang wanita andai punya perasaan malu menuturkannya. Iskkk, susahnya nak jaga hati. Habis tu, kalau tak nak hipokrit lebih baik pakai baju sendat dan ketat janji jadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Eh... Jangan lupa ingatkan hati, hati-hati... Hai Hati, hati-hati yer! T_T ....kita sambung nanti ye.

Rabu, 15 April 2015

Mahalko



Assalamualaikum... dah lama bersawang dalam blog nih... Hari ni tetiba iolls jumpa video Mahalko (sayang) ehem ehem (sekarangkan demam Be Careful With My Heart). Ni Putera Aftus dari kerajaan Suriram ram ram.. agagaga.
Video ni semasa usianya 6 tahun, mengadakan persembahan pembukaan sempena sukan sekolah. Ok sangatkan..dari ibundanya yang keras kejung! Uolls tengok la ye. Iolss belanja