Selasa, 12 Mei 2015

Susu Ibu

Penyusuan susu ibu kepada bayi mengandungi banyak kelebihan yang tak terkira. Ianya sumber khasiat nutrisi yang paling tarbaik bagi bayi yang baru lahir.Komponen komponen yang terkandung didalam susu ibu membantu melindungi bayi dari jangkitan dan penyakit.Protin-protin yang terdapat dalam susu ibu mudah hadam berbanding dengan susu formula atau susu lembu .Kalsium dan zat besi didalam susu ibu, menyerap kedalam tubuh bayi dengan mudah. Komponen yang terdapat dapat dalam susu ibu. Protin - protin Susu ibu mengandungi dua jenis protin iaitu casein dan whey. Lebihkurang 60% daripadanya adalah whey,40% adalah casein. Keseimbangan protin -protin ini membantu penghadaman susu dengan mudah dan cepat.Protin protin ini juga mengandungi bahan -bahan pelindung jangkitan yang amat tinggi. Protin-protin khas yang terdapat dalam susu ibu dan kebaikannya. Lactoferrin menghalang pembiakan bakteria didalam saluran usus( gastrointestinal tract) Secretory IgA juga melindungi bayi dari virus dan bakteria,terutamanya dari kuman-kuman yang bayi dan keluarganya terdedah.Ia juga membantu melindungi dari E.Coli dan alahan -alahan lain.Immunoglobulin yang lain-lain seperti IgG dan IgM, didalam susu ibu juga membantu melindungi dari virus dan bakteria. Ibu yang memakan ikan akan dapat menghasilkan susu yang mengandungi protin-protin ini dalam jumlah yang banyak. Lysozyme ialah sejenis enzaim yang melindungi bayi dari E Coli dan Salmonella. Ia juga menggalakkan pembiakan flora usus yang sehat . Bifidus factor membantu pembiakan lactobacillus. Lactobacillus ialah bakteria baik yang melindungi bayi dari bakteria bahaya .Ia manghasilkan satu keadaan yang berasid supaya bakteria bahaya tidak boleh hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan