Isnin, 11 Mei 2015

Mengapa Kanak Kanak Perlu Bermain

Perkembangan yang berlaku semasa kanak-kanak bermain Semua kanak-kanak yang normal suka bermain. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain. Bermain adalah penting bagi kanak-kanak kerana ia memberi sumbangan kepada perkembangan kanak-kanak dari segi aspek fizikal, akal, bahasa, emosi dan sosial. Bermain merupakan peluang untuk kanak-kanak belajar. Mari kita bincangkan satu contoh permainan iaitu "pukul berapa datuk harimau?" , permainan ini kelihatan amat mudah , tetapi ia mengandungi banyak faedah yang menyumbang kepada keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak seperti fizikal ,akal,bahasa,sosial dan emosi. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak tiga tahun keatas, dan perlu ada pengawasan dan kawalan orang dewasa supaya tidak berlaku kecederaan. Sumbangan perkembangan fizikal yang berlaku ialah , kanak-kanak mengimbangi badan , menguatkan otot-otot motor kasar dan motor halus, kordinasi mata dan anggota badan lain. ( Kanak-kanak berjalan di belakang harimau dengan meletakkan dirinya dalam keadaan berwaspada /alert untuk lari dari ditangkap oleh harimau.)  Dari segi perkembangan akal pula, mereka dapat memberi tumpuan kepada permainan, memahami cara dan peraturan permainan dan menyedari fungsi soalan dan jawapan . Mereka juga belajar mengira nombor dan masa mengikut urutan dan kenalpasti masa / jam yang mereka perlu berhati hati iaitu pukul duabelas. Sepanjang permaianan ini, kanak-kanak dalam keadaan alert untuk menghadapi cabaran iaitu penyelesaian masaalah( berpusing dan berlari tepat pada masa sang harimau kejar). Dari segi perkembangan bahasa, kanak-kanak dapat menambah perbendeharaan kata.Mereka berinteraksi secara aktif sesama mereka, belajar bercakap dan bertanya soalan dan menjangkakan (expect) jawapan untuk soalan yang ditanya. Emosi kanak-kanak akan menjadi stabil dengan perasaan gembira, puas hati dan seronok. Kemahiran bersosial akan meningkat semasa bermain dengan rakan-rakan. Kanak-kanak dapat belajar mengikut peraturan permainan, suka kepada pergaulan , membina yakin diri, bertolak ansur dengan rakan , membentuk harga diri yang tinggi dan menyesuaikan diri untuk bekerjasama dengan rakan-rakan. Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk bermain dalam apa sahaja keadaan pun.Setiap permainan akan memberi peluang dan sumbangan untuk perkembangan kanak-kanak. Orang dewasa tidak boleh pandang remeh pada pilihan permainan kanak-kanak. Ada masa permainan yang dipilih olih kanak-kanak berstruktur dan ada masa ia tidak berstruktur. Apa yang penting ialah kanak-kanak bermain. Berilah peluang dan biarkanlah kanak-kanak bermain!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan