Khamis, 25 Jun 2015

Sejarah Pendidikan Awal kanak kanak di Malaysia I

  Bermulanya selepas perang dunia ke-2 iaitu pasa era 1950-an, maka bermulalah juga sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Sekitar pada tahun 1900-an, pendidikan awal kanak-kanak mula ditubuhkan di negara luar seperti Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia pula telah bermula pada tahun 1940 an.

  Tambahan lagi, berkembangnya pendidikan awal kanak-kanak sekitar pada tahun 1940-an telah dibuka oleh missionari Kristian yang mengamalkan pendidikan berpengaruhkan British iaitu sistem pendidikan British. Sistem ini telah mengenakan yuran yang sangat mahal dan pada ketika itu hanya anak-anak orang berada sahaja yang belajar. Sistem ini dibantu oleh para guru yang terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman.

  Di Malaysia, bermula tahun 1950 hingga 1960, sosiolis kristian yang dikenali sebagai tenaga kerja yang membuat kerja-kerja kebajikan gereja telah membuka tadika. Kebanyakan tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan berperanan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran sahaja. Implikasi daripada itu, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Dengan itu, malangnya ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

  Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum pada sekitar tahun 1960-an berikutan kesedaran beberapa golongan untuk mendapatkan pendidikan terutamanya dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula memuncak. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969 di mana Yayasan Asia telah menyumbangkan sejumlah wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia)  bertujuan untuk mendirikan tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Contoh tadika yang ditubuhkan berada di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Sasaran kumpulan bagi projek ini terdiri adalah kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan miskin berbangsa Melayu, Cina dan India.

  Jabatan Kemajuan Masyarakat atau dikenali sebagai KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak iaitu (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar di mana program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

   Dengan adanya pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan beberapa Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di Malaysia ini untuk penjagaan dan juga pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan