Khamis, 25 Jun 2015

Sejarah pendidikan awal kanak kanak di Malaysia II


   Assalamualaikum. hari ni Iolls nak sambung lagi kisah sejarah mengenai pendidikan awal kanak kanak di Malaysia.. Jom kita sama sama belajar ye.

   Mengikut fakta yang sahih, pada tahun 1972 pula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan) (Pendaftaran). Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekitar tahun 1972 sehinggalah 1976. Usaha MPIK ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah diteruskan melalui projek-projek perintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dimana dibiayai penuh oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).

   Justeru, pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Maka dengan itu, terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di usia empat tahun lagi.

   Dalam konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, terdapat dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama sekali ialah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dimana ia ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak yang berusia bawah 4 tahun. Seterusnya, peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak) telah ditubuhkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka telah menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika). Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah salah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal dengan jangka masa yang dianggarkan ialah setahun.

   Pada tarikh 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah mengadakan sebuah mesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia. Manakala pada 27 Januari 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia atau dikenali sebagai KPM telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada kedua-dua mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.

  Uolls boelh merujuk kepada 
1) http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/pra-3101-asas-pendidikan-awal-kanak.html
2) http://bustamkamri.blogspot.com/2011/05/definisi-pendidikan-awal-kanak-kanak-di.html


Khamis, 11 Jun 2015

Sesungguhnya KEMARAHAN itu adalah Syaitan.

Bagaimana melepaskan kemarahan? Saya? Saya akan masuk ke bilik air, kemudian capai sabun, berus. Tonyoh la...sental la lantai, mangkuk tandas, dinding. Anggap saja semua itu muka orang yang dimarahi. Lepas lega, mandi, bersihkan diri, wuduk, solat. Legaaaa... bilik air pun bersih. Anda bagaimana?

Isnin, 8 Jun 2015

Penyiram automatik

Entry kali ini adalah utk rakan rakan yang suka berkebun. Bila nak tinggalkan rumah...mula la stress. Meh scroll dl..semoga hilang stress selepas ni.

Selasa, 12 Mei 2015

Tin oh Tin. Aku sudah terjebak.


Ini buah Blue Giant. 


 Tiga keratan tin untuk hadiah hari ibu


ini yang menjebak. Beli cutting baru.. huhuhuhu



Blue Giant yang tengah menunggu hari untuk dituai

Susu Ibu

Penyusuan susu ibu kepada bayi mengandungi banyak kelebihan yang tak terkira. Ianya sumber khasiat nutrisi yang paling tarbaik bagi bayi yang baru lahir.Komponen komponen yang terkandung didalam susu ibu membantu melindungi bayi dari jangkitan dan penyakit.Protin-protin yang terdapat dalam susu ibu mudah hadam berbanding dengan susu formula atau susu lembu .Kalsium dan zat besi didalam susu ibu, menyerap kedalam tubuh bayi dengan mudah. Komponen yang terdapat dapat dalam susu ibu. Protin - protin Susu ibu mengandungi dua jenis protin iaitu casein dan whey. Lebihkurang 60% daripadanya adalah whey,40% adalah casein. Keseimbangan protin -protin ini membantu penghadaman susu dengan mudah dan cepat.Protin protin ini juga mengandungi bahan -bahan pelindung jangkitan yang amat tinggi. Protin-protin khas yang terdapat dalam susu ibu dan kebaikannya. Lactoferrin menghalang pembiakan bakteria didalam saluran usus( gastrointestinal tract) Secretory IgA juga melindungi bayi dari virus dan bakteria,terutamanya dari kuman-kuman yang bayi dan keluarganya terdedah.Ia juga membantu melindungi dari E.Coli dan alahan -alahan lain.Immunoglobulin yang lain-lain seperti IgG dan IgM, didalam susu ibu juga membantu melindungi dari virus dan bakteria. Ibu yang memakan ikan akan dapat menghasilkan susu yang mengandungi protin-protin ini dalam jumlah yang banyak. Lysozyme ialah sejenis enzaim yang melindungi bayi dari E Coli dan Salmonella. Ia juga menggalakkan pembiakan flora usus yang sehat . Bifidus factor membantu pembiakan lactobacillus. Lactobacillus ialah bakteria baik yang melindungi bayi dari bakteria bahaya .Ia manghasilkan satu keadaan yang berasid supaya bakteria bahaya tidak boleh hidup.

Isnin, 11 Mei 2015

Kanak kanak ada kepintaran tersendiri

Setiap bayi lahir ke dunia dengan berbekalkan satu darjah intelligensi yang tertentu. Sekiranya darjah intelligensi itu dipupuk dan disokong dengan baik, maka kanak-kanak itu akan membesar dengan kebijaksanaan yang cemerlang dan seterusnya begitulah sebaliknya. Semakin kanak-kanak itu membesar, darjah/tahap kecerdasan tersebut bertambah ataupun berkurang mengikut pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak itu di persekitarannya. Jika kanak-kanak itu diberi peluang meneroka persekitarannya dengan bebas dan dibantu atau sokong oleh orang dewasa yang mengasuhnya kanak-kanak itu akan dapat mengutip dan mengumpul banyak maklumat yang menjadikannya lebih bijak. Apa yang dimaksudkan membantu ialah, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak dan memberi kebebasan untuk dia meneroka. Kanak-kanak belajar melalui bermain secara semulajadi Kanak-kanak dibawah tiga tahun boleh dikatakan darjah intelligensinya amat tinggi dan mampu mempelajari sesuatu perkara dengan mudah dan tanpa dia sedar bahawa dia sedang mempelajarinya. Contohnya seorang kanak-kanak berketurunan Jepun , berumur tiga tahun kebawah, diletakkan dalam sebuah keluarga berketurunan Afrika selama dua tahun , kanak-kanak itu akan dapat menguasai bahasa dan amalan budaya orang Afrika tanpa perlu diajar oleh sesiapa. Otaknya menyerap bahasa dan amalan budaya yang terdapat di persekitarannya tanpa disedari olehnya. Sebaliknya jika seorang dewasa berketurunan Jepun , berumur duapuluh tahun, diletakkan di persekitaran yang sama selama dua tahun, kemungkinan dia menguasai bahasa dan amalan budaya yang baru itu adalah amat tipis. Nah sekarang anda buat keputusan, siapakah yang lebih bijak?!!! Kemampuan kanak-kanak membentuk dirinya sendiri! Proses perkembangan yang berlaku kepada seorang kanak-kanak semenjak lahir adalah amat menakjubkan! Apabila bayi lahir dia tidak mampu berbuat apa apa, tetapi bayi itu mempelajari sesuatu dengan sendiri dari awal lagi, berfungsi secara bersendirian untuk bermanupulasi, berjalan, bercakap, memikir dan memandu dirinya sendiri ke arah yang dikehendakinya. Proses ini berlaku bukan kerana orang dewasa yang mengajarnya ,tetapi bayi itu sendiri yang membentuk dirinya sepertimana yang dikehendaki olehnya. Jangan lebel kanak-kanak sebagai pintar atau bodoh Seringkali orang dewasa menjadi penghalang kepada perkembangan kanak-kanak kerana mereka sangka bahawa perkembangan kanak-kanak ialah satu proses pendidikan. Mereka selalu suka mengajar secara paksa seolah olah menyuruh kanak-kanak cepat jadi pandai. Ibubapa dan pengasuh juga suka membandingkan kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Sikap begini boleh menyebabkan ibubapa atau pengasuh memaksa kanak-kanak membuat aktiviti yang mungkin kanak-kanak tidak menyukai. Sumbangan Pembelajaran Dijangka boleh berlaku hanya apabila kanak-kanak bermain sambil merasa gembira. Apabila kita mendesak atau memaksa kanak-kanak membuat aktiviti ianya akan mengakibatkan kanak-kanak merasa tertekan walaupun dia tidak tahu menyuarakannya. Ibubapa biasanya gembira melihat kad laporan TASKA/TADIKA anak mereka menunjukkan markah 'cemerlang' dalam ruang penilaian perkembangan. Adalah tidak perlu pemarkahan/grade penilaian seperti (Amat lemah,Lemah, Tidak memuaskan, Kurang baik dll) yang di beri oleh pengasuh/guru terhadap kepintaran seseorang kanak-kanak. Laporan perkembangan adalah memadai. Ibubapa juga janganlah terlalu mendesak pengasuh atau guru TADIKA supaya anaknya cepat di ajar itu dan ini. Kanak-kanak adalah satu organisma yang hidup dan melalui satu corak perkembangan. Apabila sampai masa kematangannya, kanak-kanak akan tetap jadi pintar.

Mengapa Kanak Kanak Perlu Bermain

Perkembangan yang berlaku semasa kanak-kanak bermain Semua kanak-kanak yang normal suka bermain. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain. Bermain adalah penting bagi kanak-kanak kerana ia memberi sumbangan kepada perkembangan kanak-kanak dari segi aspek fizikal, akal, bahasa, emosi dan sosial. Bermain merupakan peluang untuk kanak-kanak belajar. Mari kita bincangkan satu contoh permainan iaitu "pukul berapa datuk harimau?" , permainan ini kelihatan amat mudah , tetapi ia mengandungi banyak faedah yang menyumbang kepada keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak seperti fizikal ,akal,bahasa,sosial dan emosi. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak tiga tahun keatas, dan perlu ada pengawasan dan kawalan orang dewasa supaya tidak berlaku kecederaan. Sumbangan perkembangan fizikal yang berlaku ialah , kanak-kanak mengimbangi badan , menguatkan otot-otot motor kasar dan motor halus, kordinasi mata dan anggota badan lain. ( Kanak-kanak berjalan di belakang harimau dengan meletakkan dirinya dalam keadaan berwaspada /alert untuk lari dari ditangkap oleh harimau.)  Dari segi perkembangan akal pula, mereka dapat memberi tumpuan kepada permainan, memahami cara dan peraturan permainan dan menyedari fungsi soalan dan jawapan . Mereka juga belajar mengira nombor dan masa mengikut urutan dan kenalpasti masa / jam yang mereka perlu berhati hati iaitu pukul duabelas. Sepanjang permaianan ini, kanak-kanak dalam keadaan alert untuk menghadapi cabaran iaitu penyelesaian masaalah( berpusing dan berlari tepat pada masa sang harimau kejar). Dari segi perkembangan bahasa, kanak-kanak dapat menambah perbendeharaan kata.Mereka berinteraksi secara aktif sesama mereka, belajar bercakap dan bertanya soalan dan menjangkakan (expect) jawapan untuk soalan yang ditanya. Emosi kanak-kanak akan menjadi stabil dengan perasaan gembira, puas hati dan seronok. Kemahiran bersosial akan meningkat semasa bermain dengan rakan-rakan. Kanak-kanak dapat belajar mengikut peraturan permainan, suka kepada pergaulan , membina yakin diri, bertolak ansur dengan rakan , membentuk harga diri yang tinggi dan menyesuaikan diri untuk bekerjasama dengan rakan-rakan. Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk bermain dalam apa sahaja keadaan pun.Setiap permainan akan memberi peluang dan sumbangan untuk perkembangan kanak-kanak. Orang dewasa tidak boleh pandang remeh pada pilihan permainan kanak-kanak. Ada masa permainan yang dipilih olih kanak-kanak berstruktur dan ada masa ia tidak berstruktur. Apa yang penting ialah kanak-kanak bermain. Berilah peluang dan biarkanlah kanak-kanak bermain!