Isnin, 12 Oktober 2015

Kenapa anak perlu bermain?





Mentaliti kebanyakan ibu bapa di Malaysia ni lebih mementingkan strict education berbanding play-based education, biarpun untuk anak-anak yang berusia 5 tahun ke bawah. Bagi kita, anak yang cepat baca, adalah anak yang genius. Kan? Kan?  Anak yang dulu reti pegang pensil dan menulis, adalah anak yang bijak. Kan? Anak yang dulu hafal Al-Fatihah, adalah anak yang pandai. Kan? Anak yang dulu hafal sifir, adalah anak berotak geliga. Kan? 
Lepastu, anak yang kuat main, adalah anak yang lembab, tak dengar cakap, anak yang jauh kebelakang, anak yang dari keturunan bodoh-bodoh, dan sebagainya. ******

ni semua adalah-- SALAH SESALAH SALAHNYA!

Sedangkan ALLAH jadikan setiap khalifah yang lahir itu, berperanan dan berhikmah. Takde yang bodoh. Takde! Bermain-main itu lumrah dan hak anak-anak yang tak sepatutnya disekat-sekat. Terutama anak yang berusia 5 tahun ke bawah. Kerana kanak-kanak 5 tahun ke bawah sebenarnya belajar LEBIH BANYAK dan LEBIH BAIK KETIKA BERMAIN. 

Dengan bermain, otak mereka berfungsi dengan lebih baik dan lebih cergas. So bagi mereka main. Tak perlu halang. Sedangkan nabi pun bagi cucu dia bermain-main dalam masjid sampai panjat-panjat tengkuk baginda masa sujud. Siap sujud lama-lama semata-mata taknak ganggu emosi cucu yang sedang bermain di atas tengkuk. Inikan kita. Nak melawan fitrah anak itu sendiri. Nak paksa-paksa anak berhenti bermain. Paksa baca buku. Paksa belajar pegang pensil dan menulis. Paksa pergi sekolah. Paksa pergi kelas agama. Pastu bawa balik homework bertimbun. Allahu.. "Zaman nabi lain,. Zaman kita ni zaman berlumba-lumba. Semua nak kena bersaing. Semua nak kena cepat. Siapa lambat ketinggalan. 

Kalau asyik main je, nak jadi apa?" Wow. Cakap ikut suka hati je kan? . -______- Kita ni manusia, fitrahnya macam mana ye? Memang suka dipaksa-paksa atau lebih suka didekati dengan cara berhemah? Tak semestinya dengan bermain kita tak boleh belajar. Kan? Saya sendiri mengajar Haikal membaca, mengira dan mengaji dengan cara BERMAIN. BERMAIN atau PLAY, adalah amat berkait rapat dengan fungsi otak dan kawalan emosi anak-anak. Diorang explore, berimaginasi, curious dan banyak berfikir ketika bermain. Senang cerita, mereka guna otak ketika bermain. MEREKA BELAJAR KETIKA BERMAIN. Bermain tak semestinya dengan permainan tertentu yang terdapat di pasaran. Tak perlu mainan mahal-mahal. Aktiviti-aktiviti yang menggunakan perkakas dapur, atau apa saje barang yang dah sedia ada kat rumah pun dah memadai. Saya pernah menulis tentang 13 aktiviti "bermain" yang murah dan meransang minda anak,

Apa jua aktiviti bermain yang melibatkan kreativiti, daya imaginatif, fokus dan interaksi, secara tidak langsung akan memberi kesan baik kepada ransangan dan perkembangan otak anak. Dan dengan bermain jugak, membenarkan kanak-kanak itu belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang cukup tenang dan seronok. Hence, emosi dan mental mereka juga akan diransang dengan baik. Anak-anak 5 tahun ke bawah ni biasanya tak perlukan manual atau jadual waktu belajar atau aktiviti-aktiviti tertentu dalam rutin seharian mereka. Kerana setiap hari mereka adalah berbeza, kecenderungan mereka berubah-ubah, dan mereka melalui fasa-fasa tertentu sepanjang hari-hari mereka. Maksudnya tumpuan mereka terhadap sesuatu aktiviti juga adalah berbeza. 

So selalunya rutin yang samaaa je sepanjang hari, seperti persekolahan yang mengamalkan strict education adalah sangat bercanggah dengan fitrah mereka. Itu yang budak jadi cepat letih, pasif, serba tak kena dan sebagainya. Mereka sememangnya memerlukan ransangan dan masa bermain. Di tahap umur 5 tahun ke bawah, pergerakan tangan kaki dan seluruh anggota badan yang dihasilkan ketika bermain, membantu meransang saraf dan otak dengan lebih baik. Setiap apa yang anak lihat, pegang, gerakkan, cipta, sentuh, semuaaaanya membuatkan mereka berfikir dan ransangan otak mereka sedang berjalan. 

THEY ARE ACTUALLY LEARNING BETTER ketika bermain. Berikut adalah beberapa kebaikan "bermain": 

1) Bermain meransang "communication skill".
Dengan menggalakkan anak-anak bermain ia secara tak langsung beri peluang kepada anak tersebut untuk develop speech dan language abilities mereka. Dan, bila wujud komunikasi, pastinya kebolehan mendengar dan memberi tumpuan terhadap percakapan orang lain juga turut sama wujud. Benda ni lebih jelas dan berkesan bila, anak bermain secara berpasangan atau berkumpulan, mereka bercakap dan mendengar, maka secara tidak langsung MEREKA BERKOMUNIKASI. Namun, bermain keseorangan juga, mampu meransang communication skill dan daya imaginasi anak. Contoh, anak kita boleh berinteraksi dengan mainan atau berpura-pura menjadi karakter superhero kegemaran mereka dan membuat "role-playing" atau buat pelbagai aksi seolah-olah mereka di dalam dunia permainan tersebut. Mereka berinteraksi dan berimaginasi dengan permainan mereka, dan ransangan otak turut berlaku. 

Saya sendiri selalu standby sekurang-kurangnya dua mainan Umar dalam handbag saya (masa dia kecik la) Sekarang dia bawa sendiri kereta hot wheel kesayangan dia tu. . So bila tengah makan di restoran ke, atau nak singgah solat di masjid ke, saya akan bagi dan boleh main setempat dan sentiasa behave elok di depan mata saya. 

2) Bermain boleh mendidik anak tentang hubungan sesama manusia
Bermain secara tak langsung mewujudkan interaksi sosial, kebolehan dan kecekapan bersosial. Anak-anak yang bermain, tak kisah la dengan parents, siblings atau rakan sebaya, akan aware tentang hubungan bersosial dan belajar dari pengalaman bersosial. Kualiti hubungan sesama manusia yang di-developed semasa bermain, akan meningkatkan ransangan emosi dan mental kanak-kanak. Mereka akan rasa seronok dan berada di dalam emosi yang stabil, maka pengeluaran hormon-hormon baik dalam badan dapat diransang. Perkara ni secara tak langsung berkait rapat dengan seluruh perkembangan sistem biologi kanak-kanak. Mereka akan lebih positif, lebih sihat, lebih suka bersaing secara sihat, bergaul dan sebagainya. 

3) Bermain boleh meransang "cognitive development" 
Cognitive development adalah berkaitan dengan memory, creative thinking, imaginative thinking, problem solving skill, dan sebagainya. Atau dalam bahasa mudah, cara otak dan minda anak-anak memanipulasi sesuatu perkara atau keadaan. "Imaginative play" dan "role-playing" amat membantu dalam perkembangan otak untuk berfungsi secara positif. Anak-anak yang cenderung dalam gaya permainan seperti ini biasanya mampu berinteraksi dan bertindak balas secara "lebih matang" dengan keadaan dan situasi sekeliling, berbanding kanak-kanak yang kurang menggemari "imaginative play" dan "role-playing".

Perkara ini disahkan sendiri oleh pakar-pakar psikiatri kanak-kanak, yang membuat kajian perbandingan tentang kanak-kanak yang lebih gemar menonton TV, berbanding kanak-kanak yang suka bermain. Kajian tersebut mendapati bahawa, 
a) Anak yang mempunyai ayah yang suka bermain dengannya mempunyai lebih daya imaginasi dan cognitive ability, berbanding anak yang jarang mendapat perhatian ayahnya. 
b) Anak yang sentiasa bermain dengan ibunya mempunyai self-esteem yang lebih tinggi dan tidak mudah rasa takut, berbanding anak yang jarang dapat bermain dengan ibunya. 
c) Kanak-kanak remaja yang selalu bermain atau melakukan aktiviti riadah bersama parents, didapati mempunyai prestasi persekolahan, kesihatan mental, interaksi sosial, dan pengawalan emosi yang jauhhh lebih hebat berbanding anak yangjarang melakukan aktiviti bersama ibu bapa. 

Lihat la sendiri betapa pentingnya BERMAIN bersama anak. Dan pentingnya kesan BERMAIN terhadap perkembangan anak secara menyeluruh. Dengan bermain, barulah bermula semua fasa positif dalam diri anak. So main lah puas-puas bersama anak yang berumur 5 tahun ke bawah. Nanti bila dia dah 6 tahun ke atas, fizikal, mental dan emosi dia dah cukup bersedia untuk menerima pembelajaran yang lebih serius atau strict education di zaman persekolahan. 

Saya banyak mendengar luahan dari guru-guru tadika, tentang ketidaksedaran ibu bapa dalam hal ini. "Saya hantar anak saya pergi sekolah, cikgu ajar main je?" 
"Anak saya dah 5 tahun, kenapa tak reti baca lagi? 
Cikgu buat apa?"
"Anak saya dah 4 tahun, tapi tak kenal ABC lagi. Cikgu makan gaji buta ke?" 

Amat mengecewakan. Mentaliti ibu bapa itu sendiri dah jauh terpesong dan bercanggah dengan fakta sebenar tentang perkembangan awal kanak-kanak. Anak-anak berusai 5 tahun ke bawah TAK SEPATUTNYA didedahkan dengan strict education kerana ia melawan fitrah anak tersebut. Tapi nak buat camane. Mak bapak sendiri yang mengerah cikgu-cikgu tadika ajar anak diorang macam ajar budak universiti.

In fact, saya sendiri pernah menerima respon dari ibu bapa seperti ini, 
"Buat playgroup dua jam. 
Aktivitinya cuma nyanyi dan main je? 
Takde faedah!" "Playgroup ni untuk apa? 
Baik pergi playground je. Sama je kan? Bukan budak boleh pandai pun." 

Wow. Parents nowadays kan. Muloooootttttttt. -..- 
Abih uolls expect uolls hantar anak pergi tadika, pergi playgroup, anak terus jadi professor ke camane? -________- Awareness tu takde, puan. Awareness tu takde. Tolong la. Ambil tahu apa yang terbaik untuk anak. Apa lojik dan rasional BERMAIN untuk perkembangan otak anak. Supaya kita ibu bapa ni lebih tahu dan lebih prihatin tentang cara ajaran atau didikan yang selayaknya untuk anak kita. Bukan setakat ikut cara orang dulu-dulu. Atau setakat ikut cara orang sebelah. Anak dia start baca umur 2 tahun, kita pun paksaaa anak baca. Siap dengan rotan nak paksa anak baca umur 2 tahun. Ajaran mana uolls ikut ni? -_____- Macam yang saya pernah cakap banyakkkkk kali sebelum ini, setiap anak fasa-fasa pencapaiannya berbeza. Ada budak develop memory dulu, tapi constructive kurang. Ada budak develop constructive skill dulu, memory kurang. Ada budak develop immitation skill dulu, skill lain kurang. IT DEPENDS. Tak perlu terikut-ikut kan anak sesiapa. Guna kan kaedah ransangan dan pendedahan yang betul. Kebijakan anak itu akan terserlah dengan sendirinya nanti. 

Percayalah. Let them grow naturally. Beri anak ruang dan masa untuk develop skill-skill tertentu satu per satu tanpa perlu dipaksa-paksa. 


****Next time Iolls membebel lagi ye***

Isnin, 24 Ogos 2015

Kaedah takakura

KITA (Kitakyusyu International TechnoCooperative Association)
Jepun telah memperkenalkan kaedah kompos “Takakura Home Method” (THM). Sesuai digunakan oleh semua golongan masyarakat terutamanya bagi  isi rumah yang berskala kecil.
Kelebihan Kaedah Takakura
·  Mudah dilaksanakan.
·  Masa penguraian sisa pepejal berlaku dengan singkat iaitu 2 minggu.
·  Sisa buangan mudah diperolehi.
·  Modal penghasilan baja kompos menggunakan kaedah THM adalah lebih murah berbanding harga baja kompos di pasaran.
            - Kos takakura 1 kg = RM5
            - Harga baja di pasaran = RM12


LANGKAH-LANGKAH  PENGKOMPOSAN

1)   PENYEDIAAN CECAIR PENAPAIAN (2 liter)
1. (GULA MERAH)




Cecair Penapaian Gula Merah
· Bahan-bahan yang diperlukan :
      - Gula merah (250 g)
      - Tempe (1/4 paket, cebisan kecil)
      *Taucu (2 sudu)        
      *Yogurt (2 sudu)
    (*Tidak menjadi keutamaan)
· Semua bahan-bahan dicampur ke dalam botol/balang kedap udara.
· Peram cecair penapaian selama 3-5 hari.

2. (GARAM)



Cecair Penapaian Garam

· Bahan-bahan yang diperlukan :
   - Garam (250g)  
   - Kulit buah/sayuran (200g)
· Kulit buah/sayuran dipotong kecil-kecil dan dicampur ke dalam botol/balang kedap udara
· Peram cecair penapaian selama 3-5 hari


    2)   PENYEDIAAN MEDIUM TANAH UNTUK KULAT
· Bahan-bahan yang diperlukan:
            - Kotak kosong bertutup(kotak A4)
            - Tanah (2kg)
            - Dedak ayam (1kg)
· Bahan pengganti kepada dedak ayam :
            - Habuk kayu
            - Sekam padi
1) Tanah dan dedak ayam dicampur sehingga sebati berdasarkan nisbah berikut:                                     
                                  (2 tanah : 1 dedak ayam)
2) 2 jenis cecair penapaian yang telah diperam dimasukkan bersama campuran tanah di atas sehingga tanah boleh dikepal.
3) Bekas penyimpanan disimpan di bawah suhu bilik (27°) dan kerana penerimaan cahaya matahari selama 3-5 hari sehingga berlaku pertumbuhan kulat putih dipermukaan tanah. 
3)   PENYEDIAAN PROSES PENGKOMPOSAN
Bahan yang diperlukan:
 - Bakul berlubang  - Plastik sampah/kain
 - Kotak kadbod       - Sisa dapur
· Kerat kotak dan bentukkan mengikut bentuk bakul sebelum diletakan di sekeliling bahagian dalam bakul.  
· Tanah yang telah ada pertumbuhan kulat putih dipindahkan ke dalam bakul (1/2 dari tinggi bakul).
· Buat lubang ditengah-tengah tanah untuk diletakkan sisa makanan.
· Timbus sisa tadi dengan tanah  dan tutup menggunakan kain atau plastik sampah untuk mengelakkan gangguan serangga. 
· Selepas 3 hari, gaul tanah dan sisa bagi mengelakan bau yang kurang menyenangkan.





Baja kompos terhasil setelah 2 minggu sisa makanan ditimbus



Jumaat, 21 Ogos 2015

Makanan berasid, makan beralkali

Tahukah anda bahawa dalam badan anda adalah terlalu berasid?

Ini adalah kerana dari makanan, pencemaran, rokok, air, gaya hidup, Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan juga tekanan hidup. Dan daripada ini, badan kita akan mengalami pengoksidaan. Jika anda kurang faham apa itu pengoksidaan, anda boleh lihat pada potongan buah epal. Jika dibiarkan buah epal itu terdedah di udara ia akan bertukar warna keperang-perangan. Samalah juga dengan anggota dalam badan kita.
Menurut pakar, badan yang sihat memerlukan 20 peratus makanan berasid dan 80 peratus makanan beralkali. kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus.
Antara contoh makanan berasid adalah beras perang, beras putih, gandum, daging, ikan, makanan laut, telur, sayur-sayuran dan kekacang. Ini termasuk buah-buahan yang diawet, roti putih, minuman ringan, gula halus, bawang, makanan berminyak susu yang diproses dan banyak lagi.
Contoh makanan beralkali pula ialah milet, ulam2 (yg pahit tanda beralkali), sayuran segar yang ditanam, tumbuhan laut, kacang hijau, kacang pea, kacang soya (paling tinggi kandungan alkali), buah-buahan dan bahan masak miso.


AIR BERALKALI TINGGI SUMBER UTAMA ANTIOKSIDAN

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral,air kelapa juga adalah antara air beralkali,
Simptom/ tanda badan berasid:
* tidak bermaya selepas bangun dari tidur pagi
* imsomnia/ sukar tidur
* rasa letih sepanjang hari
* kurang sabar, tergesa-gesa
* emosi tidak stabil/ mudah marah
* mudah mendapat penyakit kulit
* mudah demam/ selesema
* tekanan darah tinggi/ rendah
* penyakit hati
* diabetes, buah pinggang, gout
* gemuk, gastrik, alahan, sembelit
* asma
* kurang selera makan
* Gusi mudah berdarah
* luka mudah bernanah


Antara Penyakit Yang Dikenal Pasti Disebabkan Oleh Kadar Asidik Yang Tinggi
  • Asma
  • Bisul 
  • Masalah Usus 
  • Allergi 
  • Hepatitis B/C 
  • Migrain
  • Buasir 
  • Jangkitan Kuman 
  • Resdung
  •  Buah Pinggang 
  • Jerawat 
  • Stroke/Lumpuh
  • Denggi 
  • Kayap
  • Sakit Sendi
  • Ekzema 
  • Kanser 
  • Sawan
  • Fibroid 
  • Kencing Manis 
  • Penyakit Kulit\
  • Gout
  • Lemah Lutut 
  • Keletihan
  • Ketumbuhan
  • Jantung
  • Tibi 
  • Parkinson 
  • Gastrik
  • Leukemia
  • Tiroid 
  • Ulser 
  • Tenaga Batin
  • Stress 
  • Darah Tinggi 
  • Masalah Paru-Paru
  • Deman Campak 
  • Haid


Kita boleh lihat pada carta dibawah untuk mengenalpasti keadaan asid atau alkali makanan yang kita makan. 






Kita adalah apa yang kita makan... Jumpa lagii

Halba Untuk Kesihatan

   Assalamualaikum uolls.. Dah sekian lama Iolss tak hupdate blog ni. So.. Uolss.. Iols doakan Uolss dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa dalam suasana kasih sayang.

   Hari ni Iols nak share dengan Uols tentang 1 herba yang bermanfaat, tapi kita tak aplly sangat dalam kehidupan kita. Uolss kenal tak HALBA? HALBA.. Ala..main ingredient dalam nasi dagang. Tak ada halba tak jadi nasi dagang tu. 






Inilah rupanya Halba

   Selain megamalkan pengambilan supplement untuk memperbanyakkan susu dan menghasilkan susu ibu yang berkualiti, kita juga masih boleh mengamalkan petua-petua tradisional yang diamalkan oleh ibu-ibu kita suatu ketika dahulu. Salah satu petua yang saya amalkan adalah halba. Cara pengambilannya ialah, rendam secubit halba ke dalam air panas. Biarkan seketika, selawat dan minum. Halba ini juga boleh diletakkan dalam minuman teh. Baunya agak kurang menyenangkan tetapi mengandungi pelbagai khasiat berguna. 

Rasulullah saw bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ”
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.


Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

“Gunakanlah Halba sebagai ubat” 


Memang Halba itu baik!! saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa saya muda remaja dulu 


Sesetengah negeri seperti Johor, Penang selalunya masak nasi lemak letak halba nih…Untuk naikkan wangi nasi lemak tu…


KEGUNAAN HALBA


  1. Diminum sebagai teh untuk


  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan kembung,sebu dan senak
  • Pencuci perut
  • Menguatkan jantung
  • Menghilangkan lendir kahak tekak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Membuang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Senggugut 
  • Merangsang rahim
  • Kurang berat badan 
  • Mengawal kencing manis
  • Radang kulit dan Bisul 


     2. Teh Halba + Madu
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Anemia


     3. Untuk anak2 yang baligh 
  • kecergasan
  • kekuatan badan
  • Tumbesaran


      4. Untuk ibu menyusu
  • - Banyakkan air susu TERBUKTI BERKESAN !!!:)


     5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
  • Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. 
  • Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


Di Pantai Timur halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.


MANA NAK DAPAT HALBA


Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

RESIPI TEH HALBA

1 sudu besar halba

1 mug air panas
madu/ cuka asli (cuka kurma, epal, atau apa apa cuka tetapi bukan cuka makan ye)


Masukkan halba ke dalam mug berisi air panas, tutup supaya cepat lembut, apabila air sudah suam, boleh ditambah madu, cuka dan diminum.

Cara kedua, kita boleh masukkan halba yang telah dibasuh ke dalam nasi yang hampir keringair, biarkan sehingga nasi masak. Nanti, boleh dikunyah bersama nasi. Ini cara saya. rasanya lemak seperti kacang. 






Khamis, 25 Jun 2015

Menyusu Di Tempat Awam


Menyusu di tempat awam??? janggal ke tak janggal?? janggal ke tak janggal? Menyusu di tempat awam atau dengan nama omputehnya adalah Nursing in Public (NIP). Menyusukan anak merupakan tanggungjawab ibu terhadap anaknya, umpama ibu menyuap makanan lebih lebih lagi jika menyusu secara ekslusif. Ada juga yang mencemuh NIP ini ibaratnya tak tahu malu, suka suka menayangkan aset di kahalayak ramai. 


  Iolls amat yakin uolls yang NIP ni peka dengan aurat uolls kan? Tak ada sesaja nak tayangkan kepada umum pun. Tambahan sekarang dah ada kemudahan untuk terus mengamalkan NIP seperti ada shawl, nursing cover, poncho, ring-sling, breastfeeding dress. Tak ada la...nak menyusu anak je..duduk..selak..nah! Selambak ngko! Itu duluuu..tapi sekarang..dah moden (uhuk uhuk! mcm iklan sambal adabi la pulak). Dengan penggunaan perkakasan ini, kadang kadang khalayak pun tak perasan ibu sedang NIP. 

  Mungkin ada yang menanyakan kenapa laaaaa tak guna Nursing Room? Jawapannya senang saja, di Malaysia belum banyak tempat yang menyediakan Nursing Room dalam ertikata sebenarnya. Nursing Room banyak merujuk kepada Changing Room - bilik tukar lampin. Atau dalam ertikata lain, sama seperti tandas. Jika kita..nak ke makan di dalam bilik yang ada pampers yang mengandungi poo poo, wee wee? 

  Keadaan kedua, jika pun ada Nursing Room, mampukan ibu berlari mencari sedangkan anak merengek, teresak esak nak menyusu. Ingat Bionic Women ke?? Sedangkan dalam masa yang sama dia sudah memenuhi syarat untuk NIP. 

  NIP ini boleh dilaksanakan sekiranya ada 3 syarat 
  1) Dengan izin suami
  2) Aurat ditutup dengan sempurna
  3) Bukan dengan niat berbangga kerana dapat menyusukan anak. 

  Tapi ingat...NIP ini juga bersyarat...hanya untuk anak dibawah DUA tahun sahaja. 
Jadi, uolls yang terjumpa ibu yang NIP, jangan la pandang seposen. Jangan sesekali pula terbayang aset ibu itu. Bapak bapak...harus sokong sebab.. NIP tidak salah. Jika ada tiga syarat tadi..teruskan lah. 


Boleh juga baca details di 
http://mummysupplementshop.blogspot.com/2014/06/10-tips-menyusukan-bayi-di-tempat-awam.html
  

  

Sejarah Pendidikan Awal Kanak Kanak di Malaysia III

Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah :        
  • Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa;        
  • Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan.    Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan.  
  • Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif.        
  • Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikanawal kanak-kanak.       
  • Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal.

Sejarah Pendidikan Awal kanak kanak di Malaysia I

  Bermulanya selepas perang dunia ke-2 iaitu pasa era 1950-an, maka bermulalah juga sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Sekitar pada tahun 1900-an, pendidikan awal kanak-kanak mula ditubuhkan di negara luar seperti Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia pula telah bermula pada tahun 1940 an.

  Tambahan lagi, berkembangnya pendidikan awal kanak-kanak sekitar pada tahun 1940-an telah dibuka oleh missionari Kristian yang mengamalkan pendidikan berpengaruhkan British iaitu sistem pendidikan British. Sistem ini telah mengenakan yuran yang sangat mahal dan pada ketika itu hanya anak-anak orang berada sahaja yang belajar. Sistem ini dibantu oleh para guru yang terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman.

  Di Malaysia, bermula tahun 1950 hingga 1960, sosiolis kristian yang dikenali sebagai tenaga kerja yang membuat kerja-kerja kebajikan gereja telah membuka tadika. Kebanyakan tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan berperanan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran sahaja. Implikasi daripada itu, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Dengan itu, malangnya ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

  Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum pada sekitar tahun 1960-an berikutan kesedaran beberapa golongan untuk mendapatkan pendidikan terutamanya dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula memuncak. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969 di mana Yayasan Asia telah menyumbangkan sejumlah wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia)  bertujuan untuk mendirikan tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Contoh tadika yang ditubuhkan berada di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Sasaran kumpulan bagi projek ini terdiri adalah kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan miskin berbangsa Melayu, Cina dan India.

  Jabatan Kemajuan Masyarakat atau dikenali sebagai KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak iaitu (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar di mana program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

   Dengan adanya pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan beberapa Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di Malaysia ini untuk penjagaan dan juga pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.